Friday, July 14, 2017

3 bulan penjara masuk tanpa kebenaran


BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Mac – Seorang lelaki warga Indonesia dijatuhi hukuman tiga bulan penjara dan tiga sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana memasuki negara ini tanpa memiliki dokumen perjalanan yang sah.
Karel Duly, 36, mengaku bersalah di hadapan Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli atas dakwaan melakukan kesalahan itu di Simpang Melayan Labi, Ulu Belait pada 11 Mac 2016 kira-kira jam 7:45 pagi.
Dia didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen, Penggal 17 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6(3)(a) daripada akta yang sama.
Hukuman bagi kesalahan itu membawa penjara tidak kurang daripada tiga bulan dan tidak melebihi daripada dua tahun, dan tidak kurang daripada tiga kali sebatan.
Fakta kes menyebut, defendan ketika disoal siasat memberitahu dia kali pertama memasuki negara ini sekitar Februari 2016 melalui Junjongan Brunei dari Kampung Gadong, Limbang.
Tujuannya masuk ke negara ini ialah untuk mencari kayu cendana di hutan Brunei dan telah berada di hutan selama tiga minggu.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Hajah Atiyyah binti PD Haji Abas.

Related Posts:

  • Sokong peniaga kecil dan sederhana Biro Wanita MPK Kampung Mendaram Labi beramai-ramai menganyam kraftangan yang hendak dijual pada acara Sentral Siuk selama tiga hari tersebut. Aug 13, 2016 KUALA BELAIT, 12 Ogos – KBSentral terus membuat inisiatif u… Read More
  • Dua saudara baru diraikan dalam majlis pengislaman Acara pengislaman ke atas seorang lelaki dan perempuan berbangsa Iban berlangsung di Dewan Pejabat Bahagian Dakwah Daerah Belait kelmarin. Oleh Hajah Saemah Kepli KUALA BELAIT, 10 Ogos – Seorang lelaki dan seorang pere… Read More
  • Mantapkan ekonomi rumah panjang Oleh Hajah Saemah Kepli KUALA BELAIT, 1 Ogos –  Dalam usaha mengekalkan budaya bangsa Iban, satu majlis kesyukuran sempurnanya acara Sambutan Hari Gawai 2017 (Ngiling Bidai) berlangsung hari ini di ruang Ruai Ru… Read More
  • Lawatan kerja ahli MMN ke Daerah Belait Oleh Hajah Saemah Kepli KUALA BELAIT, 2 Ogos – Program lawatan kerja ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) ke tapak-tapak perusahaan pertanian dan perikanan yang diselenggarakan oleh Kementerian Sumber-sumber Utama dan … Read More
  • Daerah Belait teruja keberangkatan KDYMM Oleh Hajah Saemah Kepli Gambar oleh Hajah Saemah Kepli & Azrol Azmi  KUALA BELAIT –  Acara yang setiap tahun dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat dan penduduk di setiap daerah, Majlis Ramah Mesra dan Junj… Read More

0 comments:

Post a Comment