Cabaran Bukit Telingan Labi

Cabaran Bukit Telingan akan berlangsung di Kampong Labi pada 11 November 2018 BACA SETERUSNYA....

Jalan Labi tahun 1955

Dikenali sebagai "Jalan Labi", ia adalah 21 ¼ batu panjang dan melintasi beberapa negara yang paling sukar di kawasan itu, dari Bukit Puan...BACA SETERUSNYA....

SUKANG BELENTARA RACE

Mboss Event Management supported by Majlis Perundingan Mukim Sukang, will be holding a BACA SETERUSNYA...

Balai Polis Labi dengan kerjasama pengawasan kejiranan (PK) mula menggiatkan aktiviti kebajikan memotong

Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat Dan Penduduk Daerah Belait BACA SETERUSNYA....

Wednesday, August 23, 2017

Keperluan warga emas terus diberi perhatian

Datuk Lee Chuen Wan dan Datuk Naomi serta ahli-ahli Kelab Rotary Daerah Belait lainnya ketika mengunjungi kediaman warga emas berkenaan.

KUALA BELAIT, 22 Ogos – Warga emas yang tinggal di kawasan pedalaman turut menjadi perhatian dalam rangka lawatan District Governor 3310 Kelab Rotary Antarabangsa, Datuk Lee Chuen Wan dan isterinya, Datuk Naomi selama sesi lawatan ke Kelab Rotary Daerah Belait, di sini.
Warga emas tersebut, Ah Siew, 69, pada masa ini hidup bersendirian di kediamannya di Labi dalam keadaan buta, di mana pada tahun 2013 beliau telah menerima bantuan berupa pemasangan tenaga solar daripada Kelab Rotary Daerah Belait di rumah papannya.
Dengan adanya bantuan tersebut, kediaman Ah Siew kini dilengkapi dengan kemudahan elektrik yang sedikit sebanyak telah membantu kehidupannya sehari-harian, selain menerima bantuan-bantuan lain daripada orang ramai dari segi keperluan makanan asasi dan sebagainya.
Menurut Datuk Lee Chuen Wan, beliau amat gembira melihat Kelab Rotary Daerah Belait yang telah berjaya melaksanakan aktiviti membantu warga emas yang memerlukan itu dan telah terus-menerus mengunjunginya sebagai tanda prihatin dan rasa kasih sayang kepada masyarakat yang memerlukan.
Beliau seterusnya berharap supaya ahli-ahli Kelab Rotary Daerah Belait akan terus melaksanakan tanggungjawab mereka dengan lebih aktif supaya setiap aktiviti yang dilakukan boleh mencapai matlamat asal kelab itu ditubuhkan secara antarabangsa.
Beliau juga turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada penderma-penderma yang selama ini telah memberikan sokongan kepada kelab mereka termasuklah kepada warga emas yang buta itu dan juga penghuni-penghuni Rumah Orang-orang Tua Pekan Seria dan sebagainya.
Semasa kunjungannya ke kediaman Ah Siew, beliau juga sempat meninjau ke kawasan persekitaran kediaman warga emas itu dan turut menyarankan kepada ahli-ahli Kelab Rotary Daerah Belait untuk sentiasa memerhatikan keperluan warga yang tidak berdaya itu, lebih-lebih lagi beliau kini tinggal bersendirian dalam keadaan usia yang sudah tua.

Monday, August 21, 2017

Tarik Minat Anak Untuk Minat Mengaji, Ibu Bapa Boleh Amalkan 11 Cara Ini Untuk Anak Rajin & Pandai Mengaji

Kisah mengenai seorang ibu yang mana mendidik anak cemerlang dalam akademik dan juga hafazan, boleh dijadikan sebagai panduan buat ibu bapa dalam memberikan didikan yang terbaik buat anak-anak.

Keseimbangan dalam didikan anak-anak juga harus dititikberatkan agar anak tidak hanya fokus kepada satu ilmu semata-mata.

Namun begitu, sekiranya ibu bapa ingin menerapkan budaya atau menjadikan membaca al-Quran dan mengaji sebagai rutin harian anak-anak, mungkin dengan cara yang dikongsikan oleh Pn Farihah Abu Kasim ini boleh diikuti.

Ianya dalam melatih anak-anak untuk pandai dan rajin mengaja secara asasnya.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.


11 TIPS ASAS ANAK RAJIN DAN PANDAI MENGAJI

Hari ni KakEha nak share tips untuk anak-anak kita rajin dan pandai mengaji

1. Tetap masa

Tetapkan masa yang spesifik untuk sesi mengaji. 45 minit lepas solat maghrib contohnya. Boleh bantu bentuk disiplin masa anak-anak 

2. Jumlah muka surat

Tetapkan jumlah muka surat. Untuk anak yang tak hirau nak membaca, asyik tengok jammm saja, boleh tetapkan bilangan muka surat. Supaya, dia pulun nak habiskan berapa muka yang dia perlu. Tak payah banyak, 1 muka mungkin dah cukup.

3. Duduk bersama-sama

Bila ibu atau ayah duduk bersama, biasanya sesi mengaji menjadi lebih seronok dan gembira. Takdak lah terdetik dalam hati dia "Aku ja kena mengaji, ibu boleh pulak tengok tv" Haaaa Teeetttt 

4. Pakaian khas/khusus

Adakan pakaian khas atau tudung / kopiah untuk mengaji. Wujudkan elemen eksklusif dan anak-anak rasa mengaji ni istimewa sebab ibu / ayah ambil berat. Ada "uniform" ni, feel dia lain sikit kan?

5. Puji sikap anak-anak

Puji sikap baik anak dan bandingkan dengan sikap kurang baik kita dulu. Puji bagi dia yang menang. "Ibu dulu, setiap hari tok kena suruh mengaji. Kesian tok. Kakak ni bagus, ibu tak payah suruh, kak memang rajin mengaji sendiri. Kembangggg kan bila kena puji.

6. Beli al-Quran/Iqra untuk anak

Beli Al Quran / Iqra' khas untuk setiap anak. Tulis nama dan minta dia jaga elok-elok. Ini boleh bagi sense of belonging. Nanti dia sayang buku iqra' dia 


7. Ajar adik

Kakak / Abang boleh dilatih untuk ajar adik mengaji. Perbuatan ni boleh memupuk leadership dan juga menyebabkan wujudnya rasa hormat adik-adik pada kakak/abang

8. Cerita kenapa perlu mengaji

Sesekali cerita dan bagitau kenapa mesti mengaji atau kenapa pentingnya Al Quran. Perlu juga anak-anak tahu istimewanya Al Quran.

9. Sesekali beri ganjaran

Rewards. Bagi reward bila anak-anak rajin mengaji. Pizza treat atau boleh extend hours di playground atau dapat aiskrim dan lain-lain. Semangat nih dapat hadiah ! 

10. Baca doa akhir mengaji

Baca doa di akhir sesi mengaji. Baca doa dalam bahasa yang difahami. Sebut nama setiap anak-anak dalam doa tersebut. Berbunga-bunga hati tawww
* Sesekali, offer mengaji di tablet / phone. Sesekali ja tau, bukan selalu. Gadget bahaya 

Cuba amalkan. Kalau bukan semua, separuh pun ok. Suami KakEha selalu pesan. Al Quran ni ada berkatnya yang tersendiri.

Pandang pun dapat pahala, beramal apatah lagi.

Selamat beramal

Masalah Gastrik Boleh Dirawat Dengan Makan Broccoli Dan Yogurt, Betul Ke?

Jika sebut pasal gastrik, pasti semua dari kita tahu bahawa penyakit ini merupakan penyakit yang paling sering dialami oleh masyarakat. Sekiranya individu itu didapati menghidapi penyakit ini pasti akan mengadu pedih pada ulu hati, sering sendawa dan kurang selera makan.

Terdapat pelbagai cara dan alternatif yang digunakan oleh pesakit ataupun keluarga pesakit bagi menyembuhkan sakit ini.

Menerusi perkongsian dari Root Of Science, sedikit sebanyak menerangkan tentang penyakit ini dan makanan yang boleh diamalkan bagi membantu merawat penyakit ini.

Ikuti perkongsian dari Root Of Science ini.


Majoriti daripada kes gastrik adalah disebabkan jangkitan bakteria H. pylori. Bakteria H. pylori mampu menguraikan lapisan pertahanan perut yang menyebabkan asid yang dirembeskan menghakis dinding perut. Disebabkan perkara itu, pesakit akan mengadu simptom pedih hati. Bahkan, bakteria ini mempunyai kaitan yang dan dikatakan salah satu punca kanser perut dikalangan manusia

Kebanyakkan daripada pesakit akan berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya. Jika simptom selalu berlaku, kamera akan dimasukkan ke dalam bahagian perut untuk melihat keadaan dinding perut berserta punca berlakunya masalah gastrik tersebut. Sedikit sampel daripada perut akan di ambil untuk mengesan kehadiran bakteria H. pylori.

                                                                       Bakteria H.pylori

Permakanan yang sesuai untuk membunuh bakteria H. pylori:

Ramai yang tidak tahu terdapat dua makanan yang mampu membantu dalam rawatan H. pylori jesteru dalam menyelesaikan masalah gastrik. Ia adalah:

1) Broccoli

Broccoli adalah salah satu makanan yang senang di dapati di Malaysia. Sayur ini mengandungi serat dan vitamin yang tinggi. Malah ia mempunyai satu kompaun yang mampu membantu pesakit gastrik yang disebabkan jangkitan H. pylori.

Kompaun tersebut adalah Glucoraphanin. Ia merupakan salah satu kompaun yang tinggi di dalam broccoli. Apabila memasuki badan, kompaun ini akan ditukarkan kepada kompaun sulforaphane yang merupakan kompaun aktif dan mampu membunuh bakteria H. pylori

Sebelum ini kompaun sulforane telah terbukti di dalam makmal di mana ia mampu membunuh kuman H. pylori.

Pada tahun 2009, satu uji kaji pada manusia telah dibuat. Dimana kumpulan manusia yang mempunyai jangkitan H. pylori mempunyai kadar penuruan bakteria tersebut apabila mengambil broccoli secara kerap. Ini menunjukkan bahawa broccoli merupakan salah satu makanan yang mampu merawat penyakit gastrik.

2) Yogurt

Kajian yang diterbitkan di dalam ‘American Journal of Clinical Nutrition’ telah menemukan bahawa yogurt yang mengandungi tinggi probiotik mampu memberi kesan kepada H. pylori ketika dalam proses rawatan.

Ia disebabkan yogurt mengandungi banyak bakteria baik yang membuatkan badan lebih senang menghapuskan bakteria H. pylori di dalam perut.

Oleh itu, jika anda selalu menghadapi masalah pedih ulu hati dan kerap mengambil ubat untuk masalah tersebut, mungkin melebihkan sedikit pengambilan Broccoli dan yogurt mampu membantu masalah perut anda.

Nasihat tambahan untuk mereka yang mengalami masalah gastrik




  • Kurangkan merokok kerana ia akan meningkatkan penghasilan asid di dalam perut
  • Kurangkan minum kopi
  • Pengambilan makanan yang kerap. Tetapi kuantiti makanan perlu dikurangkan. Ini dapat memberi perlindungan kepada dinding perut supaya ia tidak terhakis dengan asid dalam perut
  • Kurang stress. Ini kerana ia juga boleh meningkatkan penghasilan asid dalam perut
  • Kurangkan ataupun berhenti mengambil alkohol

Sumber- Root Of Science