Cabaran Bukit Telingan Labi

Cabaran Bukit Telingan akan berlangsung di Kampong Labi pada 11 November 2018 BACA SETERUSNYA....

Jalan Labi tahun 1955

Dikenali sebagai "Jalan Labi", ia adalah 21 ¼ batu panjang dan melintasi beberapa negara yang paling sukar di kawasan itu, dari Bukit Puan...BACA SETERUSNYA....

SUKANG BELENTARA RACE

Mboss Event Management supported by Majlis Perundingan Mukim Sukang, will be holding a BACA SETERUSNYA...

Balai Polis Labi dengan kerjasama pengawasan kejiranan (PK) mula menggiatkan aktiviti kebajikan memotong

Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat Dan Penduduk Daerah Belait BACA SETERUSNYA....

Wednesday, February 7, 2018

58 mangsa banjir terima bantuan

Oleh Hajah Saemah Kepli

KUALA BELAIT, 16 Jan – Menteri Pendidikan yang juga selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman hari ini menyempurnakan pengagihan bantuan daripada Yayasan kepada 58 mangsa banjir di Mukim Bukit Sawat, Labi dan seterusnya membuat lawatan ke Sekolah Rendah Orang Kaya Pemancha Berandai, di sini.
Hadir sama semasa pengagihan bantuan tersebut ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Penghulu Mukim Liang, Yang Berhormat Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin; ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Pemangku Penghulu Labi 1, Yang Berhormat Awang Hanafi bin Mohd Siput; Pengarah Urusan Yayasan, Dato Paduka Awang Eddie bin Dato Paduka Haji Sunny dan Pemangku Pegawai Daerah Belait, Awang Abdol Hazis bin Haji Ahad.
Pengendalian pengagihan barangan bantuan ke 12 buah rumah mangsa banjir di mukim berkenaan telah dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik Yayasan iaitu Persatuan Pacuan Empat Roda Brunei Darussalam dalam menyediakan pengangkutan.
Turut memberikan bantuan pengangkutan ialah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Salah seorang mangsa banjir di kawasan Bukit Sawat, Awang Zaini bin Haji Mohd Ramle memberitahu Media Permata, keadaan banjir telah menjejaskan kawasan kediaman mereka selama lebih kurang sebulan.
Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi semasa menyempurnakan pengagihan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di mukim tersebut.

Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi bersama rombongan menaiki bot pergi ke rumah-rumah mangsa banjir untuk menyempurnakan pengagihan bantuan.

Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi semasa menandatangani fail lawatan sekolah sambil diperhatikan oleh murid-murid.
Menurutnya lagi, banjir kerap berlaku di kawasan mereka dan paras air naik sehingga mencecah ke paras pinggang.
“Sumbangan yang dihulurkan oleh Yayasan hari ini amat bermakna buat kami dan mampu mengurangkan beban kami sekeluarga,” katanya.
Beliau yang tinggal bersama lima orang anaknya, berusia antara enam hingga 15 tahun, terpaksa menggunakan sampan untuk pergi ke kedai membeli keperluan asasi sejak banjir menjejaskan kawasan mukim berkenaan.
Sumbangan bagi membantu para mangsa banjir tersebut selaras dengan dasar penubuhan Yayasan dan secara berterusan melaksanakan aktiviti kebajikan khususnya membantu mereka yang memerlukan bantuan.
Sejurus selepas selesai pengagihan bantuan, Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi kemudian membuat lawatan ke Sekolah Rendah Orang Kaya Pemancha Berandai.
Hadir mengalu-alukan ketibaan Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi dan rombongan ialah Ketua Kluster Enam Jabatan Sekolah-sekolah, Dayang Asmah binti Awang Tengah serta guru-guru dan warga sekolah berkenaan.
Semasa lawatan tersebut, beliau berpeluang mendengarkan taklimat mengenai beberapa pencapaian murid-murid yang disampaikan oleh guru-guru sekolah tersebut, seterusnya sempat meninjau ke bilik-bilik darjah dan berpeluang beramah mesra dengan murid-murid serta menandatangani buku lawatan sekolah.
Sekolah tersebut mempunyai seramai 15 orang murid yang belajar daripada Pra Sekolah hingga Tahun 6 dan mempunyai seramai 11 tenaga pengajar.
Mukim Bukit Sawat merupakan salah sebuah daripada lapan buah mukim di Daerah Belait yang terletak di kawasan pedalaman di bahagian Selatan Mukim Sungai Liang, terdapat berbagai kemudahan di sini, termasuklah dua buah sekolah rendah di Kampung Bukit Sawat dan Kampung Merangking Ulu.
Selain itu kemudahan lain seperrti klinik kesihatan, dewan serbaguna, masjid, sebuah stesen pertanian luar bandar, taman rekreasi dan sebagainya juga tersedia di mukim tersebut.

PDB prihatin nasib anggotanya

KUALA BELAIT, 21 Jan – Dalam usaha meringankan beban mangsa-mangsa banjir yang terdiri daripada kalangan anggotanya, Daerah Polis Belait Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) telah menyampaikan sumbangan berbentuk barangan keperluan harian kepada ahli keluarga lima anggotanya yang tinggal di kediaman Berek Pos Polis Bukit Puan Jalan Labi, di sini.
Majlis penyampaian sumbangan yang berlangsung malam tadi, telah disempurnakan oleh Pemangku Pegawai Pemerintah Daerah Polis Belait, SUPT Mohammad Azrie bin Haji Talip.
Hadir bersama rombongan ialah Ketua Bahagian Audit Dalaman, Tatatertib Kebajikan dan Kaunseling PDB, SUPT Hajah Rosnie binti Haji Ali, berserta tiga orang pegawai dan 20 anggota PDB dari Ibu Pejabat Daerah Polis Belait, Balai Polis Sungai Liang, Balai Polis Labi dan Bahagian Audit Dalaman, Tatatertib, Kebajikan dan Kaunseling PDB.

Hidupkan amalan bergotong-royong

KUALA BELAIT, 21 Jan – Balai Polis Labi dengan kerjasama pengawasan kejiranan (PK) mula menggiatkan aktiviti kebajikan memotong rumput dan menebang pokok-pokok di sepanjang jalan kawasan Kilometer 31 Jalan Labi, Sungai Liang, di sini.
Aktiviti tersebut disertai oleh tiga orang anggota polis dari Balai Polis Labi yang diketuai oleh Sarjan Keeleh bin Bidin bersama 12 orang ahli PK Kampung Labi 1 yang diketuai oleh ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd Siput selaku pemangku penghulu Mukim Labi 1.
Turut hadir ialah Yang Dimuliakan Pehin Datu Padukaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Shari bin Ahmad bersama Datin Hajah Azizah binti Adam.
Aktiviti gotong-royong yang bermula dari jam 7 pagi hingga jam 11 pagi dan tertumpu di sepanjang kawasan jalan kawasan Kilometer 31 Jalan Labi berkenaan dibuat bagi memastikan jalan-jalan selamat digunakan dan penglihatan pengguna jalan raya tidak terhalang.
Sementara itu, aktiviti sama turut diadakan di kawasan Padang Sekolah Rendah Kampung Kiudang Daerah Tutong.



Yang Berhormat Awang Hanapi turut ikut serta dalam aktiviti kebajikan memotong rumput dan menebang pokok di kawasan Jalan Kilometeri 31 Jalan Labi.
Bagi Daerah Brunei dan Muara aktiviti kebajikan memotong rumput diadakan di kawasan RPN Kampung Mentiri.

Turut hadir dalam aktiviti yang bermula dari jam 6:30 pagi hingga jam 9 pagi tadi ialah Ketua Kampung Birau, Haji Burhanuddin bin Haji Hashim dan Ketua Kampung Kiudang, Haji Muhammad Saiful bin Abdullah bersama empat orang ahli PK Mukim Kiudang serta lima anggota polis dari Balai Polis Lamunin.
Ia secara tidak langsung mengeratkan hubungan silaturahim dan memberi peluang kepada orang ramai khasnya ahli PK membantu menjaga kebajikan serta keselesaan warga sekolah terutama para pelajar.
Manakala di Daerah Brunei dan Muara pula, aktiviti serupa turut dijalankan di kawasan Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Mentiri, di mana gandingan Ketua Kampung RPN Kampung Mentiri 1, Pengiran Haji Alliuddin bin Pengiran Haji Damit dan Ketua Kampung RPN Kampung Mentiri 2 Pengiran Haji Ibrahim bin Pengiran Haji Hidup telah memeriahkan lagi aktiviti berkenaan.
Sementara itu, dua orang ahli Focal Point PK Balai Polis Muara diketuai oleh S/Sgt 2870 Dahlan bin Mohamed dan empat ahli PK RPN Kampung Mentiri diketuai Haji Thamit bin Alias turut menyertai aktiviti pagi tadi.
Aktiviti yang diadakan dari jam 7 hingga 9:30 pagi itu antara lain bertujuan bagi mendedahkan lagi cara kehidupan masyarakat di negara ini yang masih mengekalkan amalan bergotong-royong, di samping mengekalkan keharmonian bermasyarakat.

PKTLB, Lotus Light hulur sumbangan

KUALA BELAIT, 5 Feb – Kegiatan amal diteruskan lagi menjelang Sambutan Tahun Baru Cina bagi membantu menceriakan sambutan bagi mereka yang kurang berkemampuan.
Persatuan Kereta Tahan Lasak Brunei (PKTLB) dan Lotus Light Charity Society adalah antara persatuan yang menghulurkan sumbangan kepada warga emas dan mereka yang memerlukan daripada kalangan masyarakat Cina di Kampung Labi di sini.
Seramai 60 orang ahli kedua-dua persatuan tersebut menaiki 20 buah kereta pacuan empat roda menuju ke rumah para penerima sumbangan, dengan PKLTB diketuai oleh Pengerusinya, Awang Abidin bin Haji Musa, manakala Lotus Light Charity Society diketuai oleh Pang Eng Lee.
Menyertai mereka menyerahkan bantuan berupa keperluan asasi dan sampul merah (angpau) ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara yang juga Ketua Kampung Labi I, Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd Siput serta Pengerusi Lotus Light Charity, Yeo Tiong Lok.
Program antara lain bertujuan meringankan sedikit beban masyarakat yang memerlukan terutama menjelang Sambutan Tahun Baru Cina dan mengeratkan hubungan silaturahim antara persatuan dengan masyarakat setempat.
Yang Berhormat Awang Hanapi bergambar ramai bersama penerima sumbangan bantuan tersebut.

MPK Labi 1 adakan gotong-royong

KUALA BELAIT, 29 Jan – Sebagai usaha untuk terus menjaga kebersihan dan keselamatan alam sekitar, Majlis Perundingan Kampung (MPK) Labi 1 telah menganjurkan kerja bergotong-royong membersihkan kawasan di Kilometer 18 Kampung Tenajor Jalan Labi, di sini.
Kerja pembersihan yang melibatkan kerja-kerja memotong dahan-dahan pokok terbiar itu disertai sama oleh ahli Majlis Mesyuarat Negara yang juga Pemangku Mukim Labi 1 merangkap Ketua Kampung Labi 1, Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd Siput.
Menurut beliau, kegiatan itu dilakukan bagi menjaga keselamatan para pengguna jalan berkenaan, memandangkan terdapat sebahagian daripada dahan-dahan pokok berkenaan sudah semakin condong ke kawasan jalan dan ia turut menjadi kebimbangan penduduk di sini.

Yang Berhormat Awang Hanapi ketika menyertai aktiviti gotong-royong tersebut.

“Penduduk kampung semakin risau dengan keadaan dahan-dahan yang terbiar itu, terutama sekali pada masa ini, musim hujan dan kadang-kadang angin bertiup kencang. Sehubungan dengan itu, kami bertindak untuk melaksanakan segera kerja gotong-royong ini yang turut disertai penduduk setempat,” katanya.
Di samping itu, kerja gotong-royong itu juga merupakan antara aktiviti MPK Labi 1 bagi tahun 2018 ini, dengan tujuan untuk mengeratkan lagi ikatan silaturahim antara ahli-ahli dengan masyarakat di persekitaran kampung.
Turut sama menyertai aktiviti itu ialah Penasihat MPK Labi 1, Haji Mohd Zeni bin Latip serta ahli-ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Labi dan penduduk setempat.