Cabaran Bukit Telingan Labi

Cabaran Bukit Telingan akan berlangsung di Kampong Labi pada 11 November 2018 BACA SETERUSNYA....

Jalan Labi tahun 1955

Dikenali sebagai "Jalan Labi", ia adalah 21 ¼ batu panjang dan melintasi beberapa negara yang paling sukar di kawasan itu, dari Bukit Puan...BACA SETERUSNYA....

SUKANG BELENTARA RACE

Mboss Event Management supported by Majlis Perundingan Mukim Sukang, will be holding a BACA SETERUSNYA...

Balai Polis Labi dengan kerjasama pengawasan kejiranan (PK) mula menggiatkan aktiviti kebajikan memotong

Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat Dan Penduduk Daerah Belait BACA SETERUSNYA....

Tuesday, July 25, 2017

Daerah Belait teruja keberangkatan KDYMM


Oleh Hajah Saemah Kepli
Gambar oleh Hajah Saemah Kepli & Azrol Azmi
 KUALA BELAIT –  Acara yang setiap tahun dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat dan penduduk di setiap daerah, Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk, bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah menceriakan suasana Pekan Belait yang selalunya sepi.
Sejak kira-kira jam 6:30 pagi orang ramai berpusu-pusu berjalan menuju ke Padang Bandaran Jalan Sultan di mana berlangsungnya acara besar yang dinanti-nantikan mereka semua.
Daerah Belait merupakan daerah ketiga menjadi tuan rumah bagi acara keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia bercemar duli bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk yang berlangsung Sabtu lalu.
Rakyat berbilang bangsa di daerah ini melahirkan rasa syukur dan gembira menantikan keberangkatan Baginda, dan acara tersebut semestinya menjadi detik ristaan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh rakyat dan penduduk.
Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Helipad Jalan Maulana Kuala Belait, dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, selaku pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM ke-71.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan bercemar duli bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Belait yang berlangsung pada Sabtu lalu.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan kerabat diraja yang lain berkenan berkenan bergambar ramai bersama ahli-ahli jawatankuasa dan para peserta persembahan.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan kerabat diraja yang lain berkenan berkenan bergambar ramai bersama ahli-ahli jawatankuasa dan para peserta persembahan.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia  berkenan memotong kek semasa majlis tersebut.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan memotong kek semasa majlis tersebut.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan bergambar ramai bersama para peserta persembahan silat di acara tersebut.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan bergambar ramai bersama para peserta persembahan silat di acara tersebut.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berserta kerabat diraja yang lain berkenan menerima junjung ziarah daripada rakyat dan penduduk di daerah ini.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berserta kerabat diraja yang lain berkenan menerima junjung ziarah daripada rakyat dan penduduk di daerah ini.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima pesambah yang disampaikan oleh salah seorang penuntut.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima pesambah yang disampaikan oleh salah seorang penuntut.

Juga menjunjung keberangkatan tiba Baginda ialah Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah; Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al-Islam; Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusof; timbalan-timbalan setiausaha tetap KHEDN; dan Pegawai Daerah Belait, Haji Haris bin Othman, selaku pengerusi Jawatankuasa Tadbir Tertinggi Sambutan bagi Daerah Belait.
Berangkat sama paduka-paduka anakanda dan adinda Baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

Ratusan murid-murid sekolah rendah dan menengah daerah ini beratur di sepanjang tepi jalan raya dari kawasan Helipad menuju ke kediaman rasmi Pegawai Daerah Belait dan seterusnya ke kawasan Padang Bandaran sambil mengibarkan bendera-bendera kecil Negara Brunei Darussalam bagi mengalu-alukan keberangkatan Baginda serta kerabat diraja.
Ratusan murid-murid sekolah rendah dan menengah daerah ini beratur di sepanjang tepi jalan raya dari kawasan Helipad menuju ke kediaman rasmi Pegawai Daerah Belait dan seterusnya ke kawasan Padang Bandaran sambil mengibarkan bendera-bendera kecil Negara Brunei Darussalam bagi mengalu-alukan keberangkatan Baginda serta kerabat diraja.
Antara persembahan semasa Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Belait.
Antara persembahan semasa Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Belait.

Sejurus berangkat tiba, Baginda dijunjung berangkat ke Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Belait sebelum meneruskan keberangkatan ke Pentas Diraja di kawasan Padang Bandaran Jalan Sultan Kuala Belait. Ratusan murid-murid sekolah rendah dan menengah daerah ini beratur di sepanjang tepi jalan raya dari kawasan Helipad menuju ke kediaman rasmi pegawai Daerah Belait dan seterusnya ke kawasan Padang Bandaran sambil mengibarkan bendera-bendera kecil Negara Brunei Darussalam bagi mengalu-alukan keberangkatan Baginda serta kerabat diraja.
Paluan hadrah turut memeriahkan lagi suasana keberangkatan Baginda di Pentas Diraja bagi menyaksikan Persembahan Khas Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Belait. Sebaik saja Baginda berserta kerabat diraja bersemayam di Pentas Diraja, Lagu Kebangsaan, ‘Allah Peliharakan Sultan’ dinyanyikan dan kemudian diikuti dengan laungan ‘Daulat Kebawah Duli Tuan Patik’ oleh penghulu-penghulu mukim, ketua-ketua kampung, ketua-ketua cawangan dan ahli-ahli jawatankuasa serta masyarakat di daerah ini.
Sejurus itu sembah kesyukuran dan taat setia disembahkan oleh Pegawai Daerah Belait, ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia. Baginda serta kerabat diraja kemudiannya dijunjung bagi menyaksikan Persembahan Khas bertemakan ‘Raja Berwawasan, Negara Terpimpin’ yang melibatkan seramai 871 orang peserta terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah, maktab serta Institusi Pengajian Tinggi, belia-belia dan beliawanis, serta puak-puak dan masyarakat di daerah ini.



Setelah itu Kebawah Duli Yang Maha Mulia berserta kerabat diraja dijunjung bagi menerima junjung ziarah daripada rakyat dan penduduk di daerah ini. Keberangkatan Baginda bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah bersama rakyat serta penduduk daerah itu tidak dilepaskan begitu saja oleh lapisan masyarakat di daerah ini, kerana inilah peluang keemasan mereka untuk menjunjung ziarah raja yang berjiwa rakyat dan penuh pemedulian itu.
Daerah Belait terus pesat dengan pembangunan, di mana daerah ini mempunyai penduduk sejumlah 80,470 setakat ini, antaranya Mukim Liang 15,472, Mukim Bukit Sawat 902 penduduk, Mukim Seria 26,682 penduduk, manakala Mukim Kuala Belait 36,650 penduduk, Mukim Labi 955 penduduk, Mukim Sukang 479 penduduk dan Mukim Melilas 330 penduduk.