Oleh Hajah Saemah Kepli
KUALA BELAIT, 1 April – Dengan hasrat untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di samping berkongsi pandangan dari segi adat dan budaya masing-masing, Biro Wanita Rumah Panjang Mendaram Besar, Labi telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Rumah Panjang Jarek Sungai Ukong Lambir, Miri, Sarawak baru-baru ini.
Rombongan seramai 50 orang yang terdiri daripada ahli-ahli Jawatankuasa Biro Wanita Rumah Panjang Mendaram Besar itu diketuai oleh Ketua Rumah Panjang Mendaram Besar, Awang Berandi anak Jamau, dan Ketua Biro Wanita, Dayang Hensona anak Munah.
Ketibaan rombongan dialu-alukan oleh Ahli Dewan Undangan Lambir, Yang Berhormat Ripin Lamat; Ketua Rumah Panjang, Jarek anak Kelambu; Pemimpin Masyarakat Iban Miri, Pemancha Wilson Siang Lim dan ahli rumah panjang tersebut.
Semasa lawatan, rombongan telah dihiburkan dengan beberapa persembahan tradisi seperti ‘Ngajat’ dan demonstrasi pembuatan kraf tangan selain diadakan sesi muzakarah di antara kedua-dua pihak.
Lawatan seumpamanya merupakan antara aktiviti yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Biro Wanita Rumah Panjang Mendaram Besar yang antara lain bertujuan untuk mengembangkan lagi kemahiran masing-masing dalam pembuatan kraf tangan dengan masyarakat dari negara jiran.
0 comments:
Post a Comment