Wednesday, July 12, 2017

Sokong misi kehijauan negara


Oleh Hajah Saemah Kepli



KUALA BELAIT, 23 April – Bersempena dengan Hari Bumi Sedunia 2017, Persatuan Malayali (MA) telah menganjurkan kempen menanam pokok di Taman Rekreasi Hutan Lugan Lalak Labi, di sini, kelmarin.

Lebih 100 orang sukarelawan masyarakat Malayali telah menyertai kempen sebagai menyokong Misi Kehijauan di negara ini untuk menyelamatkan bumi serta menyuntikkan kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya menjaga alam persekitaran.

Kempen turut disertai oleh Setiausaha Pertama di Kedutaan Tinggi India, Amir Chand dan Pemangku Pengarah Jabatan Perhutanan, Dayang Noralinda binti Haji Ibrahim selaku tetamu undangan yang mendahului penanaman pokok.

Presiden MA, Anilkumar T.V dalam ucapan ringkasnya meakam penghargaan dan terima kasih kepada semua sukarelawan yang memberikan sokongan atas kempen itu, selain turut merakamkan terima kasih kepada kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kerana telah mengizinkan persatuan mereka menganjurkan kempen tersebut di negara ini.

Amir Chand, dalam ucapannya pula menekankan pentingnya penanaman lebih banyak pokok sebagai salah satu kunci pemulihan pertukaran iklim dan pemeliharaan alam sekitar dan menyelamatkan bumi.

“Usaha penanaman pokok perlu diteruskan oleh setiap individu dan saya memberikan sokongan sepenuh hati dengan kempen yang dikendalikan oleh Persatuan MA itu,” katanya.

Terdahulu, Jabatan Perhutanan telah menyerahkan sejumlah 250 pokok kayu cendana kepada Persatuan MA dan telah berjaya ditanam atas usaha bersama para sukarelawan persatuan tersebut.

Kempen tersebut turut bertujuan ke arah memantapkan aktiviti kebajikan masyarakat persatuan itu dan juga untuk terus mengeratkan hubungan antara ahli-ahli persatuan dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan.

Related Posts:

  • Ramah Mesra Aidilfitri Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali bersama hadirin yang lain pada Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri Kampung Labi. Oleh Hajah Saemah Kepli KUALA BELAIT, 2 Julai – Sebagai melahirkan rasa kesyukuran menyamb… Read More
  • Pejabat Daerah muncul juara Tetamu Kehormat bergambar ramai bersama dengan juara kejohanan Pasukan Pejabat Daerah dan naib juara, Pasukan Panaga 2000 ‘B’. Oleh Hajah Saemah Kepli SERIA, 26 April-  Pasukan Pejabat Daerah muncul juara dalam K… Read More
  • Erat hubungan belia KENABIN Oleh Normazlina M.d TUTONG, 27 April – Bagi menyemarakkan lagi sambutan Israk dan Mikraj pada tahun ini, seramai 25 orang belia Kelab Nadi Al-Muhibbin (KENABIN) Masjid Rancangan Perumahan Negara (RPN) Bukit Beruang telah … Read More
  • Tingkat kesedaran penjagaan alam sekitar BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Jun – Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD), baru-baru ini, telah mengadakan program sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-3 Hari Menanam Pokok PPNBD bertempat di Kawasan Projek Penanaman P… Read More
  • Aktiviti mendaki Bukit Teraja Oleh Yuss HJ KELAB ‘Trail Run 4 Health’ krew ketika membuat aktiviti bulanan ‘trip trail’ mendaki puncak Bukit Teraja Kampung Labi. Seramai 23 ahli yang terdiri daripada lelaki dan wanita telah menyertai aktiviti pendaki… Read More

0 comments:

Post a Comment