Tuesday, July 11, 2017

Sokong peniaga kecil dan sederhana


Biro Wanita MPK Kampung Mendaram Labi beramai-ramai menganyam kraftangan yang hendak dijual pada acara Sentral Siuk selama tiga hari tersebut.


Aug 13, 2016
KUALA BELAIT, 12 Ogos – KBSentral terus membuat inisiatif untuk menyediakan pelantar kepada peniaga-peniaga kecil dan sederhana, seperti mereka yang bergiat dalam perniagaan dalam talian (Online) atau E-Vendor, untuk mengetengahkan perniagaan mereka kepada orang ramai terutama pengunjung-pengunjung pusat beli-belah tersebut, seperti dengan menganjurkan acara ‘Sentral Siuk’ yang bermula hari ini.
Selain dihasratkan untuk menyokong usahawan tempatan, acara tiga hari hingga Ahad ini nanti turut mengetengahkan bakat-bakat anak tempatan seperti pemain Yoyo, Pemain Kendama, Henna, Pelukis Muka dan sebagainya.
Antara vendor yang ikut serta termasuk Ar Rizq Collection, Ash Syifa penyembuh semula jadi, Myiesa Faliha, Tuan-Tuan Cantik, Qafa Haus dan Sentral KBS sebagai salah satu vendor dari pengurusan KBSentral, serta Sentral Cube Enterprise di mana dua unit kiub ditawarkan kepada orang ramai untuk menyewanya sepanjang acara berlangsung.
Di samping itu, acara turut mengetengahkan penyertaan Majlis Perundingan Kampung Mendaram Labi dan Majlis Perundingan Kampung Sungai Teraban.

Pengurus Pemasaran dan Acara, Awang Anwar bin Rosly memberitahu, antara objektif ‘Sentral Siuk’ adalah untuk menyokong bakat tempatan dan perniagaan tempatan, selain untuk menjadikan Pusat Beli-Belah KBSentral sebagai tempat tumpuan untuk menggalakkan perniagaan kecil, serta menggalakkan KbSentral sebagai ‘A Great Place To Be’.

Menurutnya lagi, ‘Sentral Siuk’ yang membawa tema ‘Pesta di Hujung Minggu’ itu juga bertujuan untuk menyediakan peluang kepada perniagaan kecil dan sederhana mengetengahkan dan menjual produk atau perkhidmatan mereka.
“Acara seperti ini adalah satu acara yang mampu menarik bilangan pengunjung yang ramai ke pusat beli-belah ini, dan setentunya akan menjadi tumpuan masyarakat di Belait,” katanya.
Beliau juga memberitahu bahawa Balloon Buzz ria akan mengetengahkan Peraduan Sand Art, iaitu aktiviti mewarna menggunakan pasir berwarna-warni, yang diharapkan boleh menarik lebih ramai penyertaan bukan sahaja dalam kalangan kanak-kanak malah ibu bapa dan penjaga juga dialu-alukan untuk menyertainya bersama.

Related Posts:

  • PKTLB, Lotus Light hulur sumbangan KUALA BELAIT, 5 Feb – Kegiatan amal diteruskan lagi menjelang Sambutan Tahun Baru Cina bagi membantu menceriakan sambutan bagi mereka yang kurang berkemampuan. Persatuan Kereta Tahan Lasak Brunei (PKTLB) dan Lotus Light Cha… Read More
  • Keperluan warga emas terus diberi perhatian Datuk Lee Chuen Wan dan Datuk Naomi serta ahli-ahli Kelab Rotary Daerah Belait lainnya ketika mengunjungi kediaman warga emas berkenaan. KUALA BELAIT, 22 Ogos – Warga emas yang tinggal di kawasan pedalaman turut menjadi … Read More
  • Warisan Labi muncul johan sepak takraw Dec 22, 2015 Oleh Anwar Rosly KUALA BELAIT, 21 Dis – Sebanyak 11 buah pasukan termasuk pasukan jemputan baru-baru ini telah menyertai Pertandingan Sepak Takraw Balai Bomba Cawangan Operasi B anjuran Balai B… Read More
  • Sokong peniaga kecil dan sederhana Biro Wanita MPK Kampung Mendaram Labi beramai-ramai menganyam kraftangan yang hendak dijual pada acara Sentral Siuk selama tiga hari tersebut. Aug 13, 2016 KUALA BELAIT, 12 Ogos – KBSentral terus membuat inisiatif u… Read More

0 comments:

Post a Comment