Friday, July 14, 2017

30 pelancong kunjungi Rumah Panjang Teraja


Oleh Hajah Saemah Kepli

KUALA BELAIT, 23 Feb – Rumah Panjang Teraja terus menjadi tarikan kalangan pelancong yang datang ke negara ini, terutama kepada mereka yang berhasrat untuk menikmati keindahan semula jadi Wasai Teraja di Ulu Labi.
Ketibaan lebih 30 orang pelancong yang diketuai oleh pemandu pelancong dari SAKAM Enterprise iaitu Awang Bohari bin Abdullah itu telah dialu-alukan oleh Pengerusi Rumah Panjang berkenaan, Awang Burong Nyanggau dan Ketua Biro Wanita Dayang Embung Munah.
Pada lawatan itu, para pelancong bukan saja meluangkan masa beramah mesra dengan penghuni rumah panjang namun sempat membawa buah tangan daripada hasil kraf tangan yang dihasilkan serta berpeluang dibawa menyaksikan keindahan alam semula jadi Wasai Teraja.
Mengiringi sama rombongan tersebut ialah kalangan pelajar Institut Teknologi Brunei (ITB) yang juga berhasrat ingin mengenali secara lebih dekat budaya dan tradisi penghuni di rumah panjang tersebut selain untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman mereka.
Sebagai mengetengahkan tradisi dan budaya mereka, penghuni rumah panjang tersebut juga telah menyediakan hidangan tradisional yang terkenal dalam kalangan masyarakat Iban iaitu Ayam Pansuh dalam buluh dan umbut Luba.

Related Posts:

  • Ekspedisi saksi keindahan Wasai Teraja Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Feb – Sebagai menyemarakkan lagi Sambutan Hari Kebangsaan ke-32 tahun dan mempromosikan cara hidup sihat dengan beriadah, Sakam Enterprise dengan kerjasama Ketua Kampung Lab… Read More
  • Mantapkan ekonomi rumah panjang Oleh Hajah Saemah Kepli KUALA BELAIT, 1 Ogos –  Dalam usaha mengekalkan budaya bangsa Iban, satu majlis kesyukuran sempurnanya acara Sambutan Hari Gawai 2017 (Ngiling Bidai) berlangsung hari ini di ruang Ruai Ru… Read More
  • 30 pelancong kunjungi Rumah Panjang Teraja Oleh Hajah Saemah Kepli KUALA BELAIT, 23 Feb – Rumah Panjang Teraja terus menjadi tarikan kalangan pelancong yang datang ke negara ini, terutama kepada mereka yang berhasrat untuk menikmati keindahan semula jadi Wasai … Read More
  • Pelancong HK saksi keindahan semula jadi Oleh Hajah Saemah Kepli KUALA BELAIT, 11 Ogos – Rombongan hampir 20 pelancong dari Hong Kong telah meluangkan masa semasa berada di negara ini dengan mengunjungi Rumah Panjang Teraja, di sini. Rombongan tersebut terd… Read More
  • Lawatan muhibah ke Rumah Panjang Teraja March 3, 2018 Oleh Hajah Saemah Kepli KUALA BELAIT, 2 Mac – Dengan hasrat untuk terus mengeratkan silaturahim dan perpaduan, ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim (MPM) Sukang, Labi telah mengadakan lawatan… Read More

0 comments:

Post a Comment