Friday, July 14, 2017

Pasukan Warisan Belait muncul juara


Oleh Hajah Saemah Kepli

KUALA BELAIT, 22 Nov – Pasukan Warisan Belait berjaya menjadi johan dalam Pertandingan Sepak Takraw yang berlangsung di Dewan Serba guna Kampung Labi kelmarin.
Pertandingan tersebut anjuran Penduduk Kampung Labi 1 dan 2, seterusnya dimenangi tempat kedua oleh Pasukan Suka-Suka, manakala di tempat ketiga ialah Pasukan Polis Labi.Pertandingan itu merupakan salah satu daripada aktiviti penduduk Kampung Labi 1 dan 2 yang turut bertujuan untuk menarik minat kalangan belia di mukim itu terhadap sukan sepak takraw.
Selain itu ia juga untuk mengembangkan aktiviti sukan di mukim berkenaan, serta juga untuk lebih mengeratkan lagi ikatan silaturahim antara penduduk di sana melalui aktiviti kesukanan dan sebagainya.Sebanyak tujuh buah pasukan menyertai pertandingan tersebut.

Related Posts:

  • RTB teruskan Jalinan Kasih Oleh Hajah Saemah Kepli & Ampuan Irma Susanti KUALA BELAIT, 3 Julai – Projek Jalinan Kasih RTB anjuran Perkhidmatan Radio diteruskan lagi kelmarin dengan tumpuan di Daerah Belait, di mana rombongan projek itu mengunju… Read More
  • 3 lagi MPK di Belait menjalani penilaian Oleh Hajah Saemah Kepli KUALA BELAIT, 5 Mei – Lapan daripada 12 buah kampung di Daerah Belait telah terpilih untuk dipertimbangkan ke separuh akhir Anugerah Kampung Cemerlang (AKC) ke-4 Tahun 2015, Majlis Perundinga… Read More
  • 16 warga asing disiasat Oleh Hajah Saemah Kepli KUALA BELAIT, 23 Sept – Seramai 16 warga asing telah dikeluarkan pas khas bagi siasatan dan pengesahan dokumen asal mereka semasa pemeriksaan oleh Bahagian Penguatkuasaan Imigresen, cawangan Ku… Read More
  • PKTLB kunjungi 22 buah keluarga Oleh Kasha KUALA BELAIT, 3 Julai – Persatuan Kereta Tahan Lasak Brunei (PKTLB) setiap tahun mengadakan aktiviti amal dalam Program Titian Amal PKTLB bagi membantu keluarga-keluarga yang serba kekurangan, dengan tujuan sed… Read More
  • Projek Inap Desa perlu diusaha Oleh Anwar Rosly KUALA BELAIT, 14 Sept – Majlis Perundingan Kampung (MPK) di Daerah Belait digalakkan untuk membina dan melaksana projek inap desa, agar dapat menarik pelancong dari dalam dan luar negara serta mendedahkan… Read More

0 comments:

Post a Comment