Tuesday, July 11, 2017

BSP, 4X4 TKK hulur sumbangan derma

Pasukan Kebajikan EMI ketika mengunjungi salah sebuah keluarga yang kurang bernasib baik.

KUALA BELAIT, 23 Jun – Pasukan Kebajikan EMI, Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) dan Kuala Belait 4X4 TKK telah menghulurkan derma kepada keluarga-keluarga yang kurang bernasib baik di Mukim Labi I dan Labi II, hari ini.

Mengetuai lawatan ialah Pegawai Penyelenggaraan dan Integriti Timur, Haji Muhd Asrul Saniy bin Aarif Lim dan Pengurus Aset Timur, Paul van den Hemel.

Menerusi lawatan ini, sejumlah 27 buah keluarga yang terdiri daripada mereka yang kurang bernasib baik di Mukim Labi telah terpilih dan telah menerima sumbangan yang mengandungi keperluan asas seperti makanan, pakaian dan permainan untuk mengurangkan bebanan keluarga dan menceriakan suasana mereka pada perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang.

Derma adalah sumbangan daripada kakitangan dari Jabatan Aset Timur dan juga jabatan lain dalam Syarikat BSP.

Pasukan Kebajikan EMI berharap projek-projek amal itu akan dapat diteruskan dengan kerjasama pihak-pihak luar dalam membantu mereka yang kurang berkemampuan di negara ini yang memerlukan keperluan seumpama itu.

0 comments:

Post a Comment