Tuesday, July 11, 2017
Ringan beban sambut Aidilfitri
Oleh Hajah Saemah Kepli
KUALA BELAIT, 22 Jun – Di penghujung Ramadan, semakin ramai yang berebut-rebut melakukan perkara-perkara berkebajikan seperti bersedekah dan salah sebuah syarikat tempatan, Rennah Services Sdn Bhd tidak ketinggalan menghulurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.
Hampir 20 orang yang memerlukan di Ulu Belait menerima sumbangan daripada Pengarah Urusan, Dayang Masenah binti Haji Mohammad dan Pengarah Urusan Syarikat dan Kakitangan, Alan Wong.
Dayang Masenah memberitahu wartawan Media Permata bahawa penyampaian sumbangan oleh pegawai dan kakitangannya ke rumah-rumah kalangan masyarakat yang memerlukan di Kampung Merangking dan Labi adalah untuk meringankan bebanan mereka menjelang persiapan menyambut Aidilfitri.
Sumbangan berbentuk barangan keperluan asasi itu disampaikan kepada beberapa buah keluarga termasuk anak-anak yatim.
Related Posts:
Pilih Islam sebagai pegangan hidup Awang Muhammad Hamiro Asri semasa majlis pengislamannya. Oleh Hajah Saemah Kepli KUALA BELAIT, 31 Mac – Seorang Lelaki berbangsa Iban berasal dari Kampung Rempayoh, Labi hari ini melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada majli… Read More
Tambah ilmu pengetahuan Rombongan ahli Jawatankuasa Muslimah dan Beliawanis Masjid Kampung Zainab Lumut ketika mengadakan lawatan muhibah ke Kampung Labi. Oleh Hajah Saemah Kepli KUALA BELAIT, 20 Feb – Rombongan lebih 20 orang dalam kalangan … Read More
Azam laksana tanggungjawab sebaiknya Yang Berhormat Awang Hanapi. Yang Berhormat Ong Tiong Oh. Yang Berhormat Dayang Siti Rozaimeriyanty. Oleh Siti Nur Wasimah S & Sim Y.H. Gambar oleh Muiz Matdani BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Mac – Ahli-ahli Majli… Read More
Kebakaran ranap kediaman 7 sekeluarga Keadaan rumah dua tingkat ranap dijilat api dalam kejadian kebakaran petang kelmarin di Kampung Petai, Labi. Oleh Hajah Saemah Kepli KUALA BELAIT, 6 Mac – Sebuah keluarga seramai tujuh orang tinggal sehelai sepinggang… Read More
Inisiatif majukan Rumah Panjang Kerja gotong-royong membina pagar penghalang jalan pintas ke Wasai Teraja dikendalikan oleh ahli Jawatankuasa Rumah Panjang Teraja Labi. Oleh Hajah Saemah Kepli KUALA BELAIT, 31 Jan – Jawatankuasa Rumah Panjang Teraja … Read More
0 comments:
Post a Comment