Friday, July 14, 2017

Dua beradik pilih Islam jadi pegangan hidup


Oleh Hajah Saemah Kepli

KUALA BELAIT, 2 Sept – Dua beradik remaja berbangsa Iban telah mendapat hidayah dan melapaskan Dua Kalimah Syahadah pada majlis pengislaman yang diadakan di Dewan Serba Guna Pejabat Unit Dakwah Daerah Belait, di sini.
Dengan pengislaman berkenaan, Lina anak Jelan, 15, kini dikenali dengan nama Islamnya sebagai Dayang Siti Haslina binti Abdullah Jelan dan adiknya, Linda anak Jelan, 13, telah memilih nama Islamnya sebagai Dayang Siti Haslinda binti Abdullah Jelan.
Hadir selaku tetamu kehormat dan menyaksikan majlis pengislaman tersebut ialah Ketua Unit Dakwah Daerah Belait, Haji Roslan bin Haji Ratu, yang juga telah menyempurnakan penyampaian cenderahati kepada kedua-dua saudara baru yang diraikan.
Kedua-dua saudara baru yang berasal dari Kampung Malayan Labi, Ulu Belait dan masih menuntut di sekolah menengah itu, sebelum ini tiada menganut apa-apa agama, dan tertarik kepada Islam setelah lama menyimpan hasrat, selain banyak bergaul dengan rakan-rakan yang beragama Islam.
Setakat ini Unit Dakwah Daerah Belait, telah mencatatkan seramai 79 orang saudara baru, yang telah memeluk agama Islam sejak awal Januari hingga 31 Ogos lalu, sementara itu, pada tahun lepas keramaian yang memeluk Islam ialah 96 orang.
Dalam ucapannya, Haji Roslan menyeru supaya saudara-saudara baru akan sentiasa menyertai kursus-kursus yang telah disediakan oleh Pusat Dakwah Islamiah (PDI), termasuklah kursus bimbingan mualaf secara asas, lanjutan 1 dan lanjutan 2.

Related Posts:

  • Kekalkan kebersihan masjid Oleh Hajah Saemah Kepli KUALA BELAIT, 25 April – Sebagai usaha mengekalkan kebersihan dan keindahan masjid, sekali gus sentiasa memberikan tahap keselesaan kepada para jemaah, Jabatan Hal Ehwal Masjid Daerah Belait bers… Read More
  • Ganding bahu cegah jenayah KUALA BELAIT, 3 April – Seramai tiga orang anggota Balai Polis Labi bersama tiga orang ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Merangking dan seorang ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Bukit Sawat telah menjalankan operasi rond… Read More
  • Warga British Garison lawat Rumah Panjang Mendaram Oleh Anwar Rosly Gambar oleh Berandi Jamau KUALA BELAIT, 27 Mac – Bagi mengenali kehidupan kaum peribumi, sekitar 200 warga British Garison terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak mereka mengadakan lawatan ke Rumah P… Read More
  • Tingkat produktiviti pertanian Hajah Saemah Kepli KUALA BELAIT, 24 April – Dengan hasrat untuk meningkatkan lagi produktiviti pertanian dalam kalangan pengusaha-pengusaha ladang padi, Unit Pengembangan Pertanian Daerah Belait,  Jabatan Pert… Read More
  • Peluang kenali budaya luar Oleh Hajah Saemah Kepli KUALA BELAIT, 1 April – Dengan hasrat untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di samping berkongsi pandangan dari segi adat dan budaya masing-masing, Biro Wanita Rumah Panjang Mendaram Besa… Read More

0 comments:

Post a Comment