Wednesday, July 12, 2017

Pejabat Daerah muncul juara

Tetamu Kehormat bergambar ramai bersama dengan juara kejohanan Pasukan Pejabat Daerah dan naib juara, Pasukan Panaga 2000 ‘B’.



Oleh Hajah Saemah Kepli

SERIA, 26 April-  Pasukan Pejabat Daerah muncul juara dalam Kejohanan Bola Sepak 7-Sepasukan Sempena Sambutan Hari Polis Ke-96 Tahun 2017 yang berlangsung di Padang RU ‘A’, Panaga Ibu Pejabat Daerah Polis Belait hari ini.

Pasukan Pejabat Daerah berjaya mengalahkan Pasukan Panaga 2000 ‘B’ dalam pertemuan di perlawanan akhir petang tadi.

Dengan kemenangan hari ini, Pasukan Pejabat Daerah telah mengekalkan kejuaraan mereka setelah turut menjadi juara pada perlawanan anjuran Daerah Polis Belait tahun lepas.

Sebanyak  12 buah pasukan telah menyertai kejohanan tersebut yang dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B, antara pasukan dalam Kumpulan A ialah Pasukan Balai Polis Seria, Ibu Pejabat Daerah Polis Belait, Balai Polis Labi, Panaga 2000 ‘B’, Pejabat Daerah dan Pasukan Pegawai Keselamatan Padang Minyak (OPSO).

Manakala dalam Kumpulan B pula terdiri daripada Pasukan Balai Polis K.B, Panaga 2000 ‘A’, Pasukan RU ‘A’, Pasukan Sungai Teraban, Balai Polis Sungai Liang dan Pasukan Pejabat Ugama.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah dan sijil-sijil kepada pemenang ialah Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis, Awang Mohd Irwan bin Haji Hambali.
Tetamu Kehormat ketika diperkenalkan kepada pemain-pemain Kejohanan Bola Sepak 7- Sepasukan Sempena Sambutan Hari Polis ke-96 Tahun 2017.
Acara dimulakan dengan memperkenalkan tetamu kehormat dengan pengurus-pengurus pasukan dan para pemain, sebelum perlawanan akhir di antara kedua-dua buah pasukan.

Turut hadir menyaksikan perlawanan akhir itu ialah Pemangku OCPD Belait, Awang Mohammad Azrie bin Haji Talip yang juga selaku penaung/penasihat kejohanan, hadir sama ialah Pegawai Daerah Belait, Awang Haji Haris bin Othman,  Pengerusi Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria, Awang Ridzuan bin Haji Ahmad serta pegawai-pegawai Polis Diraja Brunei dan pegawai-pegawai agensi-agensi kerajaan Daerah Belait lainnya.

Kejohanan itu juga turut bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara anggota polis dengan agensi-agensi kerajaan dan masyarakat.

Related Posts:

  • Aktiviti mendaki Bukit Teraja Oleh Yuss HJ KELAB ‘Trail Run 4 Health’ krew ketika membuat aktiviti bulanan ‘trip trail’ mendaki puncak Bukit Teraja Kampung Labi. Seramai 23 ahli yang terdiri daripada lelaki dan wanita telah menyertai aktiviti pendaki… Read More
  • Sokong misi kehijauan negara Oleh Hajah Saemah Kepli KUALA BELAIT, 23 April – Bersempena dengan Hari Bumi Sedunia 2017, Persatuan Malayali (MA) telah menganjurkan kempen menanam pokok di Taman Rekreasi Hutan Lugan Lalak Labi, di sini, kelmarin. Le… Read More
  • Empat buah keluarga terima sumbangan Yayasan Haji Brahim ketika menyerahkan sumbangan kepada salah sebuah keluarga. Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 20 April – Mangsa-mangsa kebakaran terus mendapat perhatian daripada pelbagai pihak dan terbaru, Yayasan Sul… Read More
  • Pejabat Daerah muncul juara Tetamu Kehormat bergambar ramai bersama dengan juara kejohanan Pasukan Pejabat Daerah dan naib juara, Pasukan Panaga 2000 ‘B’. Oleh Hajah Saemah Kepli SERIA, 26 April-  Pasukan Pejabat Daerah muncul juara dalam K… Read More
  • Erat hubungan belia KENABIN Oleh Normazlina M.d TUTONG, 27 April – Bagi menyemarakkan lagi sambutan Israk dan Mikraj pada tahun ini, seramai 25 orang belia Kelab Nadi Al-Muhibbin (KENABIN) Masjid Rancangan Perumahan Negara (RPN) Bukit Beruang telah … Read More

0 comments:

Post a Comment