Wednesday, July 12, 2017
Erat hubungan belia KENABIN
Oleh Normazlina M.d
TUTONG, 27 April – Bagi menyemarakkan lagi sambutan Israk dan Mikraj pada tahun ini, seramai 25 orang belia Kelab Nadi Al-Muhibbin (KENABIN) Masjid Rancangan Perumahan Negara (RPN) Bukit Beruang telah menyertai Program ‘Jomlah Ke Masjid dan Riadah Menjejaki Masjid Kampung Labi’, baru-baru ini.
Menurut Pengerusi KENABIN, Awang Muhammad Padini bin Ta’al yang juga selaku ketua belia KENABIN, peserta-peserta program telah bermalam di Masjid RPN Bukit Beruang semalam dan mengikuti pelbagai aktiviti khusus selama dua hari sepanjang program dijalankan.
Pada hari pertama iaitu pada 23 April lalu, aktiviti-aktiviti yang diikuti termasuk sesi taklimat, tazkirah, mengikuti Kelas Dikir, bacaan Ratib Al-Attas, Tadarus, menunaikan solat lima waktu serta mengikuti aktiviti-aktiviti luar seperti berbasikal, bermain futsal dan senamrobik.
Manakala itu, pada hari kedua (24 April), belia-belia seterusnya beriadah di Taman Rekreasi Luagan Lalak dan menjejaki kampung dan masjid di Kampung Labi.
Program antara lain bertujuan bagi mengeratkan hubungan ukhuwah belia-belia KENABIN bersama ahli-ahli Takmir Masjid RPN Bukit Beruang di samping dapat mengimarahkan lagi masjid serta membimbing para belia untuk mengikuti aktiviti-aktiviti yang bermanfaat.
Related Posts:
CHMS membolot semua piala Oleh Anwar Rosly Gambar oleh SR MA KUALA BELAIT, 27 April – Sekolah Menengah Chung Hua (CHMS) Kuala Belait membolot kesemua piala dalam acara dua hari Kejohanan Badminton Antara Sekolah-Sekolah Rendah yang berakhir pet… Read More
Kurang petani, penghasilan padi di Belait menurun Oleh Hajah Saemah Kepli KUALA BELAIT, 1 Mei – Penghasilan padi bagi Daerah Belait semakin menurun semenjak tahun 2012 berikutan kurangnya jumlah petani terbabit dalam penanaman padi. Statistik terbaru yang dikel… Read More
Tingkat produktiviti pertanian Hajah Saemah Kepli KUALA BELAIT, 24 April – Dengan hasrat untuk meningkatkan lagi produktiviti pertanian dalam kalangan pengusaha-pengusaha ladang padi, Unit Pengembangan Pertanian Daerah Belait, Jabatan Pert… Read More
Kekalkan kebersihan masjid Oleh Hajah Saemah Kepli KUALA BELAIT, 25 April – Sebagai usaha mengekalkan kebersihan dan keindahan masjid, sekali gus sentiasa memberikan tahap keselesaan kepada para jemaah, Jabatan Hal Ehwal Masjid Daerah Belait bers… Read More
Ganding bahu cegah jenayah KUALA BELAIT, 3 April – Seramai tiga orang anggota Balai Polis Labi bersama tiga orang ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Merangking dan seorang ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Bukit Sawat telah menjalankan operasi rond… Read More
0 comments:
Post a Comment