Thursday, July 13, 2017

Pilih Islam sebagai pegangan hidup

Awang Muhammad Hamiro Asri semasa majlis pengislamannya.
Oleh Hajah Saemah Kepli

KUALA BELAIT, 31 Mac – Seorang Lelaki berbangsa Iban berasal dari Kampung Rempayoh, Labi hari ini melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada majlis pengislamannya yang diadakan di Dewan Serba Guna Pejabat Bahagian Dakwah Daerah Belait.

Bazri Anak Badar, 23, kini dikenali sebagai Muhammad Hamirol Asri bin Abdullah Badar setelah majlis pengislamannya disempurnakan oleh Penolong Ketua Bahagian Dakwah Daerah Belait, Hajah Salimah binti Haji Hassan.

Majlis kemudian diselajurkan penyampaian cenderahati kepada Awang Muhammad Hamirol Asri yang disampaikan oleh Hajah Salimah.

Majlis pengislaman tersebut turut diserikan dengan persembahan Dikir Marhaban oleh Persatuan Sinar Islam yang ahlinya terdiri daripada saudara-saudara baru Daerah Belait dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

Dengan pengislaman itu, Pusat Dakwah Daerah Belait setakat ini telah mencatatkan 26 orang saudara baru semenjak awal Januari sehingga penghujung Mac ini. Pada tahun lalu, seramai 110 orang memeluk agama Islam telah dicatatkan di daerah tersebut.



0 comments:

Post a Comment