Thursday, July 13, 2017

Tambah ilmu pengetahuan

Rombongan ahli Jawatankuasa Muslimah dan Beliawanis Masjid Kampung Zainab Lumut ketika mengadakan lawatan muhibah ke Kampung Labi.

Oleh Hajah Saemah Kepli



KUALA BELAIT, 20 Feb – Rombongan lebih 20 orang dalam kalangan ahli Jawatankuasa Muslimah dan Beliawanis Masjid Zainab, Kampung Lumut, telah mengadakan lawatan muhibah ke Kampung Labi di sini, hari ini.

Rombongan berkenaan telah memulakan lawatan ke kawasan penternakan madu kelulut yang diusahakan oleh Hajah Hindun binti Haji Ahmad di Jalan Kecil Sengkuang, Kampung Rampayoh, Labi II.

Lawatan yang disertai sama oleh Pengerusi Takmir Masjid Zainab, Haji Aminorddin bin Haji Mohd Yussof, kemudiannya diteruskan dengan mengunjungi kebun sayuran yang dimiliki oleh Dr. Mohd Shah bin Haji Adam, selepas itu beredar pula ke kediaman Datin Hajah Hazizah binti Haji Adam untuk menyaksikan sendiri proses penanaman padi dan pokok buah-buahan, penternakan ikan air tawar serta penternakan kambing yang diusahakannya.

Setiausaha Muslimah Masjid Zainab, Dayang Haryati binti Haji Abdul Razak, memberitahu lawatan tersebut merupakan antara aktiviti yang dikendalikan oleh ahli jawatankuasa Muslimah, selain bertujuan untuk menambahkan pengetahuan dan pengalaman, ianya juga dihasratkan untuk mengeratkan lagi ikatan silaturahim antara ahli jawatankuasa Muslimah dan beliawanis masjid itu bersama dengan masyarakat sekeliling.

Beliau berharap melalui lawatan seperti itu, akan dapat diteruskan lagi ke tempat-tempat yang lain demi menambahkan pengetahuan dan juga pengalaman mereka.

Related Posts:

  • Sokong misi kehijauan negara Oleh Hajah Saemah Kepli KUALA BELAIT, 23 April – Bersempena dengan Hari Bumi Sedunia 2017, Persatuan Malayali (MA) telah menganjurkan kempen menanam pokok di Taman Rekreasi Hutan Lugan Lalak Labi, di sini, kelmarin. Le… Read More
  • Kebakaran ranap kediaman 7 sekeluarga Keadaan rumah dua tingkat ranap dijilat api dalam kejadian kebakaran petang kelmarin di Kampung Petai, Labi. Oleh Hajah Saemah Kepli KUALA BELAIT, 6 Mac – Sebuah keluarga seramai tujuh orang tinggal sehelai sepinggang… Read More
  • Empat buah keluarga terima sumbangan Yayasan Haji Brahim ketika menyerahkan sumbangan kepada salah sebuah keluarga. Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 20 April – Mangsa-mangsa kebakaran terus mendapat perhatian daripada pelbagai pihak dan terbaru, Yayasan Sul… Read More
  • Pilih Islam sebagai pegangan hidup Awang Muhammad Hamiro Asri semasa majlis pengislamannya. Oleh Hajah Saemah Kepli KUALA BELAIT, 31 Mac – Seorang Lelaki berbangsa Iban berasal dari Kampung Rempayoh, Labi hari ini melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada majli… Read More
  • Aktiviti mendaki Bukit Teraja Oleh Yuss HJ KELAB ‘Trail Run 4 Health’ krew ketika membuat aktiviti bulanan ‘trip trail’ mendaki puncak Bukit Teraja Kampung Labi. Seramai 23 ahli yang terdiri daripada lelaki dan wanita telah menyertai aktiviti pendaki… Read More

0 comments:

Post a Comment