Friday, April 13, 2018

Lawatan muhibah ke Rumah Panjang Teraja







Oleh Hajah Saemah Kepli

KUALA BELAIT, 2 Mac – Dengan hasrat untuk terus mengeratkan silaturahim dan perpaduan, ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim (MPM) Sukang, Labi telah mengadakan lawatan muhibah ke Rumah Panjang Teraja Labi Ulu Belait.
Rombongan yang disertai seramai kira-kira 70 orang itu diketuai oleh Pemangku Penghulu Mukim Sukang, Awang Haji Mohd Noh bin Datu Maharaja Setia Dian.
Lawatan tersebut bertujuan untuk mengetahui antara perkembangan dan kemajuan yang telah dicapai dari segi eko pelancongan di rumah panjang berkenaan.
Menyertai sama rombongan ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi Daerah Belait yang juga Pemangku Penghulu Mukim Labi, Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd Siput.
Setiba mereka di rumah panjang tersebut, rombongan telah dialu-alukan oleh mantan Ketua Rumah Panjang Teraja, Jamit anak Lasah serta Pengerusi Ahli Jawatankuasa Tertinggi rumah panjang tersebut, Burong anak Nyanggau dan juga ahli-ahli biro wanita rumah panjang itu.
Semasa lawatan, rombongan juga telah mendengarkan taklimat mengenai perkembangan serta kemajuan yang telah dicapai, antaranya rumah panjang tersebut telah menerima peningkatan pengunjung dari dalam dan luar negara.
Sementara itu, taklimat mengenai kegiatan dan hasil daripada kraftangan yang digiatkan oleh ahli-ahli biro wanita rumah panjang tersebut, telah disampaikan oleh Ketua Biro Wanita, Embong anak Munah.
Di samping itu, rombongan juga telah dihiburkan dengan beberapa persembahan kebudayaan seperti tarian Ngajat dan sebagainya, serta pameran kraf tangan yang dihasilkan oleh ahli-ahli Biro Wanita Kampung Teraja selain persembahan kebudayaan daripada ahli MPM Sukang.
Seperti lazimnya setiap pengunjung ke Rumah Panjang Teraja tidak akan ketinggalan berpeluang menikmati hidangan tradisi seperti masakan Umbut Tuhau dan ayam dimasak dalam buluh.
Di akhir sesi lawatan rombongan dan penghuni-penghuni di rumah panjang berkenaan telah turut berpeluang bermuzakarah dan bertukar-tukar pandangan mengenai kegiatan dan kemajuan serta sesi soal jawab.

Related Posts:

  • Mantapkan ekonomi rumah panjang Oleh Hajah Saemah Kepli KUALA BELAIT, 1 Ogos –  Dalam usaha mengekalkan budaya bangsa Iban, satu majlis kesyukuran sempurnanya acara Sambutan Hari Gawai 2017 (Ngiling Bidai) berlangsung hari ini di ruang Ruai Ru… Read More
  • Ekspedisi saksi keindahan Wasai Teraja Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Feb – Sebagai menyemarakkan lagi Sambutan Hari Kebangsaan ke-32 tahun dan mempromosikan cara hidup sihat dengan beriadah, Sakam Enterprise dengan kerjasama Ketua Kampung Lab… Read More
  • Lawatan muhibah ke Rumah Panjang Teraja March 3, 2018 Oleh Hajah Saemah Kepli KUALA BELAIT, 2 Mac – Dengan hasrat untuk terus mengeratkan silaturahim dan perpaduan, ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim (MPM) Sukang, Labi telah mengadakan lawatan… Read More
  • Pelancong HK saksi keindahan semula jadi Oleh Hajah Saemah Kepli KUALA BELAIT, 11 Ogos – Rombongan hampir 20 pelancong dari Hong Kong telah meluangkan masa semasa berada di negara ini dengan mengunjungi Rumah Panjang Teraja, di sini. Rombongan tersebut terd… Read More
  • 30 pelancong kunjungi Rumah Panjang Teraja Oleh Hajah Saemah Kepli KUALA BELAIT, 23 Feb – Rumah Panjang Teraja terus menjadi tarikan kalangan pelancong yang datang ke negara ini, terutama kepada mereka yang berhasrat untuk menikmati keindahan semula jadi Wasai … Read More

0 comments:

Post a Comment