Tuesday, July 11, 2017

Majlis Khatam Al-Quran Zon Pedalaman


Oleh Hajah Saemah Kepli



KUALA BELAIT, 16 Jun – Lebih 30 orang guru dan pelajar telah menyertai Majlis Khatam Al-Quran Zon Pedalaman yang berlangsung di Masjid Kampung Labi, di sini, hari ini.

Majlis yang dianjurkan oleh Sekolah Rendah Labi, Sekolah Rendah OKPB Bukit Sawat dan Sekolah Rendah Merangking itu turut diteruskan dengan penyampaian sumbangan khairat kepada salah seorang murid. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara Daerah Belait, Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohammad Siput yang juga selaku Pemangku Penghulu Mukim Labi.

0 comments:

Post a Comment