Thursday, July 13, 2017

Mujur terlepas dari mulut buaya


Liew Nam Pong kini dirawat di hospital kerana kaki kanannya patah akibat digigit buaya.

Oleh Hajah Saemah Kepli



KUALA BELAIT, 7 Okt – Hobi memancing ikan bertukar malang buat seorang lelaki Cina apabila beliau hampir-hampir maut dibaham seekor buaya dalam kejadian yang berlaku di Sungai Kampung Tenajor Labi, di sini baru-baru ini.

Lelaki tersebut, Liew Nam Pong, 53, mengalami kecederaan kaki parah sehingga tulang sebelah kaki kanannya patah apabila digigit seekor anak buaya seberat 50kg pada Rabu lalu di sungai itu.

Menurutnya, pada hari kejadian, beliau bersama isteri seperti biasa pergi ke sungai itu untuk menangkap ikan dan kerana air sungai tidak terlalu dalam, dia berdiri di dalam sungai. Sejurus selepas itu, beliau terasa kaki kanannya sakit dan terlihat seekor anak buaya sedang menggigit kakinya dan beliau sedaya upaya cuba melawan dengan menendang reptilia itu.

Liew Nam Pong kini dirawat di hospital kerana kaki kanannya patah akibat digigit buaya.
“Akhirnya ia melepaskan kaki saya,” katanya. Dalam keadaan kakinya berdarah, dia dipapah isterinya untuk pulang ke rumah dan dikejarkan ahli keluarga ke klinik berhampiran.

Bagaimanapun, klinik terpaksa merujuknya ke hospital kerana mendapati lukanya agak parah dan perlukan rawatan lanjut serta jahitan.

Menurut Liew, sepanjang memancing di sungai itu, beliau tidak pernah mengalami kejadian sedemikian dan menasihatkan penduduk kampung agar tidak mendekati sungai kerana sudah ada buaya ganas di dalam sungai itu.

Related Posts:

  • Hapus Penyakit Untut Oleh Hajah Saemah Kepli KUALA BELAIT, 2 Sept – Program Penghapusan Penyakit Filariasis Limfatik (Untut) bagi fasa pengambilan dan ujian darah pasca MDA telah diadakan di Rumah Panjang Teraja di sini. Program … Read More
  • Mujur terlepas dari mulut buaya Liew Nam Pong kini dirawat di hospital kerana kaki kanannya patah akibat digigit buaya. Oleh Hajah Saemah Kepli KUALA BELAIT, 7 Okt – Hobi memancing ikan bertukar malang buat seorang lelaki Cina apabila beliau hampir-h… Read More
  • Pelancong HK saksi keindahan semula jadi Oleh Hajah Saemah Kepli KUALA BELAIT, 11 Ogos – Rombongan hampir 20 pelancong dari Hong Kong telah meluangkan masa semasa berada di negara ini dengan mengunjungi Rumah Panjang Teraja, di sini. Rombongan tersebut terd… Read More
  • Bimbang gejala penyalahgunaan dadah Oleh Hajah Saemah Kepli KUALA BELAIT, 9 Ogos – Statistik Biro Kawalan Narkotik (BKN) menunjukkan penyalahgunaan Syabu berada di tempat teratas di negara ini, diikuti dengan Ganja dan Erimin5. Bagaimanapun, Erimin5 di… Read More
  • Dua beradik pilih Islam jadi pegangan hidup Oleh Hajah Saemah Kepli KUALA BELAIT, 2 Sept – Dua beradik remaja berbangsa Iban telah mendapat hidayah dan melapaskan Dua Kalimah Syahadah pada majlis pengislaman yang diadakan di Dewan Serba Guna Pejabat Unit D… Read More

0 comments:

Post a Comment