Wednesday, July 12, 2017

Ramah Mesra Aidilfitri



Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali bersama hadirin yang lain pada Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri Kampung Labi.

Oleh Hajah Saemah Kepli



KUALA BELAIT, 2 Julai – Sebagai melahirkan rasa kesyukuran menyambut Hari Raya Aidilfitri, Majlis Perundingan Mukim (MPM) Labi, Majlis Perundingan Kampung (MPK) Labi 1 dan Labi 2 telah menganjurkan Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri 2017M/1438H yang diadakan di dewan kediaman Yang Dimuliakan Pehin Datu Padukaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Shari bin Ahmad dan datin, di sini, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali bin Haji Apong.
Persembahan anak-anak penduduk kampung menyerikan lagi majlis ramah mesra berkenaan.
Majlis yang dihadiri lebih 300 orang dalam kalangan penduduk kampung itu juga antara lain bertujuan bagi mewujudkan satu kumpulan pengurusan di antara MPM Labi, MPK Labi 1 dan MPK Labi 2 yang mampu bekerjasama dan bertanggungjawab dalam menjayakan majlis serta untuk memupuk semangat perpaduan dan meningkatkan hubungan silaturahim antara penduduk Mukim Labi.
Hadir sama ialah ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin juga selaku penghulu Mukim Liang dan Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd Siput selaku pemangku penghulu Mukim Labi, Pegawai Daerah Belait, Haji Haris bin Othman, ahli-ahli MPM/MPK Labi 1 dan 2 serta penduduk mukim berkenaan.

Majlis tersebut telah diceriakan lagi dengan persembahan nyanyian lagu Hari Raya oleh anak-anak penduduk Kampung Labi dan persembahan tausyeh, serta tidak ketinggalan juga persembahan tarian tradisi Iban, Ngajat dan sebagainya.

Related Posts:

  • Kekalkan kebersihan masjid Oleh Hajah Saemah Kepli KUALA BELAIT, 25 April – Sebagai usaha mengekalkan kebersihan dan keindahan masjid, sekali gus sentiasa memberikan tahap keselesaan kepada para jemaah, Jabatan Hal Ehwal Masjid Daerah Belait bers… Read More
  • CHMS membolot semua piala Oleh Anwar Rosly Gambar oleh SR MA KUALA BELAIT, 27 April – Sekolah Menengah Chung Hua (CHMS) Kuala Belait membolot kesemua piala dalam acara dua hari Kejohanan Badminton Antara Sekolah-Sekolah Rendah yang berakhir pet… Read More
  • Hasil padi terjejas teruk KUALA BELAIT, 6 Mei – Para penanam padi sawah di Lot Sengkuang, Labi berhadapan dengan hasil jualan paling teruk dalam sejarah akibat cuaca kering bermula sejak awal tahun ini, ditambah lagi dengan ketiadaan infrastruktu… Read More
  • Tingkat produktiviti pertanian Hajah Saemah Kepli KUALA BELAIT, 24 April – Dengan hasrat untuk meningkatkan lagi produktiviti pertanian dalam kalangan pengusaha-pengusaha ladang padi, Unit Pengembangan Pertanian Daerah Belait,  Jabatan Pert… Read More
  • Kurang petani, penghasilan padi di Belait menurun Oleh Hajah Saemah Kepli KUALA BELAIT, 1 Mei – Penghasilan padi bagi Daerah Belait semakin menurun semenjak tahun 2012 berikutan kurangnya jumlah petani terbabit dalam penanaman padi. Statistik terbaru yang dikel… Read More

0 comments:

Post a Comment