Wednesday, February 7, 2018

PKTLB, Lotus Light hulur sumbangan

KUALA BELAIT, 5 Feb – Kegiatan amal diteruskan lagi menjelang Sambutan Tahun Baru Cina bagi membantu menceriakan sambutan bagi mereka yang kurang berkemampuan.
Persatuan Kereta Tahan Lasak Brunei (PKTLB) dan Lotus Light Charity Society adalah antara persatuan yang menghulurkan sumbangan kepada warga emas dan mereka yang memerlukan daripada kalangan masyarakat Cina di Kampung Labi di sini.
Seramai 60 orang ahli kedua-dua persatuan tersebut menaiki 20 buah kereta pacuan empat roda menuju ke rumah para penerima sumbangan, dengan PKLTB diketuai oleh Pengerusinya, Awang Abidin bin Haji Musa, manakala Lotus Light Charity Society diketuai oleh Pang Eng Lee.
Menyertai mereka menyerahkan bantuan berupa keperluan asasi dan sampul merah (angpau) ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara yang juga Ketua Kampung Labi I, Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd Siput serta Pengerusi Lotus Light Charity, Yeo Tiong Lok.
Program antara lain bertujuan meringankan sedikit beban masyarakat yang memerlukan terutama menjelang Sambutan Tahun Baru Cina dan mengeratkan hubungan silaturahim antara persatuan dengan masyarakat setempat.
Yang Berhormat Awang Hanapi bergambar ramai bersama penerima sumbangan bantuan tersebut.

Related Posts:

  • 58 mangsa banjir terima bantuan Oleh Hajah Saemah Kepli KUALA BELAIT, 16 Jan – Menteri Pendidikan yang juga selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia… Read More
  • Bersama bangunkan ekosistem perniagaan Oleh Sim Y. H. & Pg Fairol RMF Gambar oleh Muiz Matdani BANDAR SERI BEGAWAN, 12 April – Pihak yang berkepentingan dari pelbagai bidang disarankan untuk terus bekerjasama dan berinteraksi di antara satu sama lain ke a… Read More
  • JPD kompaun enam buah kenderaan March 29, 2018 BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Mac – Sebelas kompaun telah dikeluarkan ke atas enam buah kenderaan atas beberapa kesalahan lalu lintas dalam operasi yang dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), baru-bar… Read More
  • PDB prihatin nasib anggotanya KUALA BELAIT, 21 Jan – Dalam usaha meringankan beban mangsa-mangsa banjir yang terdiri daripada kalangan anggotanya, Daerah Polis Belait Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) telah menyampaikan sumbangan berbentuk barangan keper… Read More
  • Lawatan muhibah ke Rumah Panjang Teraja March 3, 2018 Oleh Hajah Saemah Kepli KUALA BELAIT, 2 Mac – Dengan hasrat untuk terus mengeratkan silaturahim dan perpaduan, ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim (MPM) Sukang, Labi telah mengadakan lawatan… Read More

0 comments:

Post a Comment